Keterangan
Geran bantuan teknikal ialah pendanaan yang membantu penerima mendapatkan perkhidmatan atau kemahiran pakar yang mereka perlukan untuk beroperasi dengan lebih berkesan dalam projek bandar pintar. Geran ini merupakan kunci untuk memperbaiki polisi dan reka bentuk projek, meningkatkan kemahiran, mengukuhkan kapasiti pelaksanaan dan untuk pembangunan institusi secara umum. Contoh geran sedemikian termasuk Dana Khas Bantuan Teknikal oleh ADB, Dana Teknologi Bersih (Clean Technology Fund (CTF)) oleh Dana Pelaburan Iklim (Climate Investment Fund (CIF)), dan Kemudahan Tindakan Iklim dan Persekitaran milik Bank Pelaburan Eropah (European Investment Bank (EIB)). Dana ini digunakan untuk membiayai projek rumit atau teknikal seperti infrastruktur hijau, tenaga boleh diperbaharui, dan pembangunan bandar pintar.
Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama
- Penjajaran dengan keperluan kelayakan. Projek yang mencari dana perlu sejajar dengan keperluan , objektif dan keutamaan yang tertentu bagi setiap dana. Hal ini termasuk memahami dengan sepenuhnya bahagian tumpuan dana itu, wilayah sasaran dan hasil yang diingini. Projek perlu menunjukkan impak yang jelas melalui projek mereka untuk layak mendapat dana tersebut. Metrik dan rangka kerja penilaian impak hendaklah disepadukan dengan perancangan dan pelaksanaan projek.
Kemungkinan Cabaran
- Akses kepada pembiayaan sering mempunyai persaingan sengit. Proses permohonan untuk mengakses dana-dana ini boleh memakan masa, penuh birokrasi dan rumit. Tindakan mengharungi pelbagai tahap kelulusan, keperluan pematuhan dan dokumentasi boleh menjadi cabaran yang besar untuk bakal pemohon, terutamanya organisasi kecil atau kerajaan tempatan dengan sumber dan kepakaran yang terhad. Memandangkan dana yang tersedia adalah terhad, persaingan mungkin sengit dengan beberapa kertas cadangan yang berebut untuk mendapatkan sumber yang terhad.
- Penerima boleh menghadapi cabaran dalam memenuhi standard pemantauan dan penilaian. Penerima yang mendapat dana daripada geran bantuan teknikal mungkin perlu mengikut keperluan pelaporan dan kebertanggungjawapan yang ketat, termasuk pemantauan dan penilaian hasil projek dan impak persekitaran, yang menambahkan beban pentadbiran dan kos pematuhan.
- Penerima boleh menghadapi cabaran dalam pelaksanaan. Penerima geran perlu memastikan koordinasi yang berkesan antara pelbagai jabatan-jabatan kerajaan, agensi dan pemegang saham luaran untuk pelaksanaan yang berjaya. Namun, hal ini mungkin terbukti mencabar terutamanya untuk projek bandar pintar yang kompleks dan berskala besar.
Kemungkinan Manfaat
- Geran menyokong pembangunan mampan. Dana ini menyediakan sumber kewangan yang amat diperlukan untuk menyokong pembangunan bandar pintar dan projek infrastruktur yang penting di negara-negara ASEAN. Dana ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk pembangunan infrastruktur hijau dan pembinaan kapasiti.
- Geran boleh menyediakan sokongan kebolehan teknikal. Selain daripada pembiayaan, geran bantuan teknikal sering juga menyediakan pembinaan kapasiti dan perkhidmatan nasihat kepada penerima, yang membantu untuk mengukuhkan kapasiti institusi dan meningkatkan kemungkinan projek yang dibiayai akan berjaya. Geran ini menyediakan sumber untuk latihan dan pendidikan, membantu pegawai, perancang dan pemegang saham tempatan membina kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan dan mengurus projek dengan berkesan.
Sumber/Maklumat Tambahan
- Bank Pembangunan Asia (n.d.). Apakah itu bantuan teknikal (technical assistance (TA)) ADB? Boleh didapati di: https://www.adb.org/business/how-to/technical-assistance
- Bank Dunia (n.d.). Program Perkongsian Bandar Pintar Global. Boleh didapati di: https://www.worldbank.org/en/programs/global-smart-city-partnership-program/partners
- Bank Pembangunan Asia (n.d.). Dana Khas Bantuan Teknikal. Boleh didapati di: https://www.adb.org/what-we-do/funds/technical-assistance-special-fund
- Dana Pelaburan Iklim (n.d.). Dana Teknologi Bersih. Boleh didapati di: https://www.cif.org/topics/clean-technologies
- Bank Pelaburan Eropah (n.d.). Kemampanan Iklim dan Persekitaran. Boleh didapati di: https://www.eib.org/en/projects/topics/climate-action/get-support