Insentif Cukai untuk Pembangunan Bandar Pintar

Insentif Cukai merujuk kepada pengurangan, pengecualian atau pelepasan cukai oleh kerajaan untuk menggalakkan pelabur atau syarikat sektor swasta melibatkan diri dalam projek yang berkaitan dengan objektif bandar pintar.

Instrument Category

Other ınstruments ın the same Category

Relevant case study

Keterangan  

Kerajaan boleh menggunakan pengurangan, pengecualian atau pelepasan cukai untuk menggalakkan pelabur atau syarikat sektor swasta melibatkan diri dalam projek-projek yang berkaitan dengan objektif bandar pintar. Contohnya, elaun pelaburan boleh diberikan kepada firma yang memulakan usaha mengautomasikan atau pendigitalan untuk menggalakkan penerimaan teknologi oleh sektor swasta. Kredit cukai pelaburan yang menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam kelengkapan seperti loji tenaga boleh dibaharui atau kemudahan menangkap karbon juga merupakan cara-cara lazim untuk merangsang pelaburan dalam projek kemampanan persekitaran.

Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama

  • Rangka kerja pencukaian yang jelas dan telus. Insentif cukai jatuh dalam lingkungan sistem pencukaian am, dan pemilikan polisi cukai yang jelas, telus dan boleh diramalkan adalah penting agar pelabur atau syarikat boleh membuat keputusan pelaburan jangka masa panjang berdasarkan polisi tersebut.
  • Undang-undang cukai perlu konsisten dan boleh diramal. Projek bandar pintar boleh mempunyai pelaburan modal awal yang tinggi dan tempoh pulang modal yang lama. Terutamanya kebolehramalan adalah penting kerana pelabur akan memerlukan jaminan bahawa undang-undang cukai akan kekal memuaskan hati sepanjang jangka hayat projek itu sebelum memulakan pelaburan.
  • Pihak berkuasa cukai perlu berupaya untuk menguatkuasakan denda terhadap perbuatan pengelakan cukai. Insentif perlu direka agar teguh terhadap pengelakan cukai untuk mengelakkan kerajaan kehilangan hasil yang banyak daripada pelaburan bercukai sebelum ini apabila firma melakukan penstrukturan semula projek untuk mengambil kesempatan atas insentif cukai baharu. Pihak berkuasa perlu berupaya untuk mengenal pasti dengan jelas firma yang mengelak cukai dan mengambil tindakan penguatkuasaan.
  • Garis panduan insentif perlu disampaikan dengan jelas kepada pelabur. Garis panduan insentif perlu direka dan disampaikan dengan jelas agar pelabur atau firma serta pihak berkuasa cukai boleh memahami dengan jelas jenis-jenis projek yang layak mendapat insentif untuk mencapai manfaat penuhnya.
  • Penilaian semula secara berkala untuk menaksir kebergunaan berterusan bagi insentif cukai. Insentif perlu dinilai semula secara berkala untuk menaksir jika kos (foregone revenue) melebihi manfaat yang diwujudkan oleh insentif cukai dan jika reka bentuknya masih berkesan untuk menggalakkan pelaburan bandar pintar. Insentif itu juga boleh diubah untuk menggalakkan pelaburan dalam kawasan tertentu yang baharu.

Kemungkinan Cabaran

  • Kekurangan pengalaman bagi pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan mungkin mempunyai pengalaman terhad dalam bidang mereka bentuk insentif sebegini dan mungkin mendapatinya sukar untuk mereka bentuk insentif teguh yang boleh mencapai hasil dasar tanpa kerajaan mengorbankan cukai untuk pelaburan yang boleh dilaksanakan dari segi komersial dan akan terus berlaku sahaja. Contohnya, kerajaan tempatan akan perlu memilih antara insentif mengikut budi bicara atau automatik. Berbanding insentif mengikut budi bicara, insentif automatik berdasarkan kriteria yang telah ditentukan dengan jelas dan disampaikan kepada orang awam boleh mengurangkan risiko rasuah dan pertikaian.
  • Risiko peruntukkan sumber yang suboptimum. Insentif cukai yang berjaya akan mewujudkan pelaburan dalam kawasan apabila pelaburan tidak akan berlaku. Tanpa pemerhatian yang teliti dan penilaian semula secara berkala, insentif cukai mungkin akan membawa kepada terlalu banyak pelaburan dalam aktiviti tertentu atau terlalu sedikit pelaburan dalam perkara lain yang tidak diutamakan oleh cukai, yang boleh menjadi bertentangan dengan keperluan komuniti.
  • Penguatkuasaan dan kos pematuhan mungkin tinggi. Kos akan ditanggung oleh kerajaan untuk menguatkuasakan peraturan cukai dan ditanggung oleh pembayar cukai yang mematuhinya. Kos penguatkuasaan berkaitan dengan geran awal insentif tersebut dan kos yang ditanggung dalam pengawasan dan penguatkuasaan pematuhan dengan keperluan kelayakan

Kemungkinan Manfaat

  • Kos rendah pelaksanaan jika insentif ditakrifkan dengan jelas. Jika insentif direka agar boleh dikenakan secara automatik dan bukan mengikut budi bicara, kos pelaksanaan untuk kerajaan boleh menjadi agak rendah kerana insentif ini akan dikenakan dalam cara yang sama seperti kredit cukai korporat lain dalam sistem pencukaian sedia ada tanpa perlu mewujudkan platform atau sistem tambahan.
  • Membenarkan pendekatan berpandukan pasaran untuk menaksir dan melaksanakan projek. Insentif cukai biasanya berfaedah hanya apabila firma atau pelabur mendapat untung dan pelaksanaan insentif sedemikian tidak memerlukan campur tangan yang ketara dalam perniagaan. Hal ini membenarkan pelabur atau perniagaan untuk menilai sendiri risiko dan daya maju model perniagaan mereka sebelum memulakan projek dan, tidak seperti geran terus, memberikan insentif kepada mereka untuk menumpukan kepada keberkesanan kos dan keuntungan projek serta membina model penjanaan hasil yang mampan.

Sumber/Maklumat Tambahan

Case Study

Scroll to Top