Dana pusingan

Dana pusingan ialah kaedah pembiayaan tampung yang melibatkan langkah mewujudkan sejumlah wang yang bertambah dengan sendirinya melalui penggunaan pulangan atau pembayaran semula pinjaman daripada projek yang dibiayai sebelum ini untuk menyokong inisiatif baharu dengan jumlah dana yang sama.

Instrument Category

Other ınstruments ın the same Category

Relevant case study

Keterangan

Dana pusingan merupakan langkah pembiayaan tampung yang melibatkan pewujudan kumpulan wang yang bertambah sendiri. Dana pusingan biasanya dikendalikan oleh agensi kerajaan pada peringkat negeri dan persekutuan atau organisasi antarabangsa, seperti UN-Habitat.

Dana pusingan dikendalikan dengan menggunakan pulangan atau bayaran balik pinjaman daripada projek yang dibiayai sebelum ini untuk menyokong inisiatif baharu menggunakan jumlah dana yang sama. Dana tersebut boleh digunakan untuk memberikan pinjaman konsesi, jaminan atau pelaburan ekuiti kepada pelbagai projek bandar pintar yang terdiri daripada projek kecekapan tenaga dan pemodenan kemudahan awam, serta projek yang menambah baik pengurusan sisa dan air, serta pembiayaan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana. Objektif dan struktur dana pusingan adalah agak fleksibel. Dana boleh diwujudkan untuk digunakan bagi satu tujuan selama tempoh yang ditetapkan, kemudian ditutup atau diwujudkan selama tempoh yang tidak terhad bagi masalah yang berterusan. Modal awal dana pusingan biasanya sama dengan geran setakat yang modal tidak perlu dibayar balik dan boleh datang daripada gabungan sumber awam seperti kerajaan tempatan, negeri atau persekutuan, serta organisasi pembangunan atau penderma.

Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama

  • Pewujudan kriteria kelayakan dan peruntukan. Pewujudan tujuan dana pusingan, termasuk penetapan keperluan kelayakan bagi peminjam, jumlah minimum dan maksimum, skop penggunaan dana, persediaan jawatankuasa untuk menilai semula permohonan dan penentuan tugas pentadbiran dan keperluan kakitangan yang berkaitan dengan program dll., merupakan sesetengah keperluan asas untuk mewujudkan dana pusingan. Penghasilan borang prapermohonan atau senarai semak dapat membantu bakal peminjam menentukan kelayakannya dan membuang permohonan yang tidak sesuai.
  • Penguatkuasaan mekanisme pembayaran balik. Peminjam dan pengurus dana perlu memahami dan mematuhi terma pembayaran balik yang ditentukan dalam kontrak untuk memastikan kemampanan dana. Dalam keadaan apabila peminjam berisiko tinggi untuk gagal membuat bayaran, pengurus dana mungkin perlu melaksanakan rancangan tindakan pembetulan untuk memastikan bayaran balik dibuat. Kriteria pembayaran balik perlu dikuatkuasakan dengan adil dan konsisten. 
  • Keperluan pelaporan untuk ketelusan. Pelaporan yang jitu dan tepat pada masanya memberikan penilaian yang berkaitan tentang keberkesanan dana kepada pihak berkepentingan. Laporan memberikan wawasan tentang kesihatan kewangan dan impak dana kepada pihak berkepentingan, serta pematuhan kriteria kelayakan dan syarat pembayaran balik, bidang kejayaan dan bidang yang memerlukan penambahbaikan, dengan itu meningkatkan kemampanan dana.

Kemungkinan Cabaran

  • Kekurangan pengalaman dalam melaksanakan mekanisme dana pusingan. Kekurangan pengalaman dalam merancang, melaksanakan dan memantau dana pusingan boleh menjadi cabaran bagi pegawai kerajaan yang ingin menggunakan mekanisme ini untuk membiayai projek bandar pintar. Pada asasnya, dana pusingan mengitar semula sumber untuk membiayai projek baharu apabila pinjaman lama dibayar balik, memerlukan pemahaman yang baik tentang pengurusan kewangan, penilaian risiko dan penjajaran projek. Tanpa pengalaman yang mencukupi, pegawai mungkin bergelut untuk merancang struktur dana yang berkesan, memilih projek yang berdaya maju dan mengurus sumber dana dengan berkesan, yang boleh menyebabkan produktiviti dana yang rendah.
  • Risiko produktiviti rendah bagi dana pusingan. Penyalahuntukan sumber dan sokongan inisiatif yang tidak memenuhi objektif dana berkemungkinan boleh mengehadkan keupayaan dana untuk memaksimumkan impak dan mengekalkan sokongan yang berterusan. Perkara ini bukan sahaja menghalang keberkesanan dana tetapi juga menyebabkan kehilangan peluang untuk menyalurkan sumber kepada usaha yang lebih produktif. Masalah ini boleh timbul daripada pelbagai faktor dasar, antaranya termasuk kekurangan perancangan dan penetapan matlamat, pemerhatian dan pemantauan yang tidak mencukupi, pengurusan risiko yang tidak baik dan ketidakcekapan birokratik.
  • Kemungkinan kekurangan keseragaman dalam standard pelaporan dan perakaunan. Cabaran utama dalam mengurus dana pusingan ialah ketiadaan keseragaman dalam pelaporan. Apabila pihak berkepentingan dan benefisiari projek menyediakan laporan yang pelbagai atau tidak konsisten, proses pemerhatian dan penilaian dana menjadi rumit. Kekurangan format pelaporan yang standard boleh menghalang keupayaan pengurus dana untuk membuat perbandingan yang tepat antara projek, menilai prestasi keseluruhan dan mengenal pasti bidang untuk penambahbaikan. Pewujudan standard pelaporan yang seragam penting untuk memperkemas pengumpulan data, meningkatkan ketelusan dan memudahkan analisis yang komprehensif dan padu bagi operasi dana.
  • Kemungkinan kesukaran dalam melaksanakan pemantauan yang berkesan.  Pemastian bahawa dana yang diuntukkan digunakan mengikut rancangan yang ditentukan dahulu memerlukan kewaspadaan yang berterusan. Cabaran mungkin timbul daripada garis masa projek yang berbeza, belanja yang tidak dijangka atau perubahan dalam skop projek yang menyukarkan pengekalan ketampakan penggunaan dana dalam masa nyata. Pemantauan yang berkesan memerlukan sistem kukuh yang mampu menjejaki perbelanjaan, mengesahkan peristiwa penting projek dan menangani perubahan dengan segera yang mungkin tidak dapat dilaksanakan oleh pegawai disebabkan oleh kekurangan pengalaman dalam pengendalian mekanisme dana pusingan.

Kemungkinan Manfaat

  • Sumber kewangan yang ditampung sendiri. Dana pusingan direka sebagai mampu menampung diri. Memandangkan dana tersebut digunakan bagi projek atau inisiatif yang menjana pulangan dan bayaran balik, perkara ini memastikan kumpulan dana yang berterusan dalam struktur. Jika diurus dengan baik, dana pusingan mengurangkan pergantungan pada geran sekali atau peruntukan dana daripada penderma.
  • Capaian kepada sumber modal yang fleksibel. Dana pinjaman pusingan memberikan capaian kepada sumber modal fleksibel yang boleh digunakan bersama dengan sumber yang lebih konvensional. Dana itu sendiri boleh disediakan untuk digunakan bagi pelbagai objektif dan projek. Selain itu, apabila dana bertambah melalui bayaran balik, dana boleh disalurkan kepada peluang memuncul atau baharu.

Sumber/Maklumat Tambahan

Case Study

Scroll to Top