Pembiayaan Pada Bil/Pembayaran Balik Pada Bil

Skim Pembiayaan pada bil (OBF)/ pembayaran balik pada bil (OBR) membenarkan pengguna akhir (perniagaan dan isi rumah) membiayai projek cekap tenaga berskala kecil dengan menyepadukan kos dalam bil utiliti bulanan pengguna.

Instrument Category

Other ınstruments ın the same Category

Relevant case study

Keterangan

Skim pembiayaan pada bil (OBF) atau pembayaran balik pada bil (OBR) membenarkan pengguna akhir (perniagaan dan isi rumah) membiayai projek cekap tenaga berskala kecil dengan menyepadukan kos dalam bil utiliti bulanan pengguna. Di bawah aturan ini, pelanggan dapat memperoleh peralatan cekap tenaga tanpa perbelanjaan pendahuluan dan kos dibayar balik dalam tempoh tertentu. Utiliti atau pemberi pinjaman pihak ketiga, seperti institusi kewangan atau syarikat peralatan tenaga, menanggung kos modal naik taraf. Pelanggan membayar balik kos ini melalui bil utiliti bulanan.

Struktur pembayaran balik boleh terdiri daripada pelbagai bentuk, termasuklah i) sebagai tarif pada bil apabila utiliti menanggung kos langkah kecekapan tenaga dan pengguna akhir membayar tarif tambahan pada bil bagi perkhidmatan ini; ii) sebagai skim pinjaman pada bil apabila pinjaman dibayar balik pada bil bulanan pengguna akhir; atau iii) sebagai pengebilan item baris apabila bil utiliti bertindak sebagai alat untuk pengguna akhir membuat bayaran balik kepada pemberi pinjaman pihak ketiga.

Dalam sesetengah kes, skim pada bil distrukturkan untuk membenarkan ‘keneutralan bil’. Hal ini bermaksud penjimatan tenaga diunjurkan yang terhasil daripada naik taraf mencukupi untuk mengimbangi bayaran balik pinjaman atau ansuran tarif bulanan. Oleh itu, pengguna akhir tidak mengalami bil utiliti yang lebih tinggi berbanding dengan sebelum campur tangan. Sebaik sahaja tempoh pembayaran balik tiba, pengguna akhir boleh mencapai penjimatan kewangan pada bil yang sebenar daripada naik taraf kecekapan tenaga.

Description of on-bill repayment process. Available at: https://blogs.edf.org/energyexchange/2014/03/05/hawaii-taps-on-bill-repayment-program-for-cleanenergy-financing-and-job-creation/

Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama

  • Keupayaan untuk mengutip bayaran utiliti bulanan. Pembangun atau penyedia utiliti perlu berupaya mengutip bil utiliti bulanan bagi skim pada bil kerana bayaran ini merupakan bahagian penting kejayaan skim. Skim pada bil mengambil kesempatan daripada proses pengebilan yang mantap untuk membiayai projek kecekapan tenaga dan mengurangkan keperluan untuk menghasilkan struktur bayaran yang berasingan, serta aliran dana yang dibayar balik perlu diwujudkan dengan jelas.
  • Rangka kerja kawal selia yang jelas. Garis panduan yang jelas tentang cara syarikat utiliti dapat memperoleh semula kos, menetapkan tarif dan bekerjasama dengan pemberi pinjaman pihak ketiga adalah penting untuk mewujudkan rangka kerja undang-undang dan prosedur yang mengawal skim pada bil. Selain itu, peraturan yang berkaitan dengan pemberian pinjaman kepada pengguna dan kemungkinan implikasi penstrukturan program pada bil juga perlu dipertimbangkan.
  • Capaian kepada mekanisme penyelesaian pertikaian. Pertikaian mungkin timbul disebabkan oleh pelbagai sebab, seperti pertentangan pendapat tentang pengebilan, percanggahan tanggapan tentang penjimatan tenaga atau isu yang berkaitan dengan prestasi peralatan. Pewujudan garis panduan dan protokol yang jelas untuk menangani situasi sedemikian dengan cekap adalah penting bagi kejayaan skim pada bil. Mekanisme penyelesaian pertikaian sepatutnya boleh dicapai oleh pengguna untuk memastikan pengguna dapat menerima bantuan yang sesuai tepat pada masanya.

Kemungkinan Cabaran

  • Kurang biasa dengan skim OBF dalam kalangan penggiat industri. Penyedia utiliti cenderung untuk mempunyai kurang pengalaman dalam pembiayaan projek, oleh itu, mungkin bergelut untuk menjalankan program OBF. Penyedia utiliti juga mungkin perlu mengatasi tanggapan bahawa mereka perlu berfungsi sebagai satu institusi kewangan untuk menyertai skim pada bil, termasuk pengendalian bukan pembayaran balik, pencarian modal dan penanganan bahan api bukan utiliti. Cabaran ini boleh menjejaskan penyertaan dalam skim OBF.
  • Cabaran undang-undang dan kawal selia. Pemahaman peraturan sedia ada yang berkenaan dengan penyedia utiliti dan pemberian pinjaman kepada pengguna boleh menimbulkan cabaran untuk penyedia utiliti dan pemberi pinjaman melaksanakan skim pada bil, serta berkemungkinan menjejaskan program ini secara praktikal.
  • Kekurangan kesedaran dalam kalangan pengguna. Peningkatan kesedaran dalam kalangan pengguna akhir penting untuk mendapatkan sokongan dan menggalakkan penggunaan skim pada bil. Ramai pengguna mungkin tidak biasa dengan manfaat atau mekanisme OBF, oleh itu, kempen kesedaran yang komprehensif adalah penting bagi kejayaan OBF. Pemberitahuan pengguna tentang kelebihan, kemungkinan penjimatan kos dan ketersediaan skim pada bil dapat membantu pengguna membuat keputusan yang lebih termaklum untuk menyertai projek kecekapan tenaga, membina kepercayaan dan akhirnya menggalakkan amalan penggunaan tenaga yang lebih mampan.

Kemungkinan Manfaat

  • Memanfaatkan kumpulan klien sedia ada untuk pembiayaan. Skim OBF membolehkan penyedia utiliti memanfaatkan hubungan sedia ada dengan pelanggan (iaitu, perniagaan dan rumah) untuk memberikan pilihan pembiayaan alternatif bagi pelaburan kecekapan tenaga dengan mendapatkan saluran alternatif untuk membiayai projek sedemikian.
  • Kefleksibelan pembiayaan projek dalam pasaran yang terabai. Terdapat pelbagai model untuk menstrukturkan skim OBF bagi menyokong pelaburan kecekapan tenaga. Sebagai contoh, pelanggan boleh membayar balik sebahagian atau seluruh kos penambahbaikan kecekapan tenaga menggunakan wang yang dijimatkan pada bil utiliti. Kefleksibelan ini bermaksud bahawa skim OBF dapat membantu pasaran yang mempunyai kekangan kredit secara tradisional untuk mendapatkan capaian kepada pembiayaan projek.

Sumber/Maklumat Tambahan

Case Study

Scroll to Top