Pindahan kerajaan kebangsaan

Pindahan kerajaan kebangsaan merujuk kepada peruntukan dana daripada belanjawan kebangsaan atau negeri untuk menyokong pembangunan projek bandar pintar dan merupakan model pembiayaan yang paling kerap digunakan untuk projek-projek bandar pintar di ASEAN.

Instrument Category

Other ınstruments ın the same Category

Relevant case study

Keterangan

Perkara ini merujuk kepada peruntukan dana daripada belanjawan kebangsaan atau negeri untuk menyokong pembangunan projek bandar pintar dan merupakan model pembiayaan yang paling kerap digunakan untuk projek-projek bandar pintar di ASEAN.

Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama

  • Pengurusan kewangan awam dan sistem tadbir urus infrastruktur yang teguh dan telus. Sebuah sistem pengurusan kewangan awam teguh yang menunjukkan ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam perumusan belanjawan, perancangan dan projek, termasuk hal-hal lain, adalah kritikal untuk menambah baik kecekapan dan integriti perbelanjaan awam dan pelaburan. Kajian IMF mendapati sebuah negara lazimnya mengalami kerugian hingga 30% daripada nilai pelaburan awamnya kerana ketidakcekapan dalam proses pelaburan awam dan hampir separuh daripada kerugian ini boleh diganti melalui tadbir urus infrastruktur yang lebih kukuh.

Kemungkinan Cabaran

  • Projek bandar pintar tidak selalunya selari dengan keutamaan negara. Projek bandar pintar sering tidak menerima dana yang diperlukan untuk penggunaan khusus kerana hal ini mungkin tidak selari dengan keutamaan belanjawan semasa negara atau negeri. Contohnya, sebuah projek bandar pintar mungkin memerlukan pelaburan yang menumpukan kepada penjagaan kesihatan, tetapi keutamaan kerajaan kebangsaan bagi kitaran belanjawan mungkin memilih untuk menumpukan kepada keperluan infrastruktur yang lebih meluas di seluruh negara (cth., infrastruktur pengangkutan) dan bandar itu akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan dana bagi projek-projek penjagaan kesihatan. Mendapatkan pembiayaan bagi projek bandar pintar berkemungkinan besar lebih mencabar untuk bandar-bandar yang tiada polisi kebangsaan untuk bandar pintar. Oleh sebab itu, tiada mandat kebangsaan untuk memperuntukkan dana daripada projek bandar pintar belanjawan kebangsaan.
  • Terdapat dana yang terhad tetapi keutamaan-keutamaan bersaing untuk sumber. Dana sedikit yang tersedia mungkin tidak mencukupi untuk keperluan projek bandar pintar, terutamanya apabila kerajaan mempunyai keperluan infrastruktur mendesak yang lain untuk dibiayai.
  • Proses peruntukan belanjawan yang kompleks atau terbatas boleh menangguhkan dana. Proses kelulusan belanjawan mungkin lama, kompleks dan memerlukan persetujuan berbilang agensi kerajaan pada tahap kebangsaan dan perbandaran. Hal ini boleh menyebabkan penangguhan permulaan projek serta penangguhan pembayaran kepada kontraktor dan pekerja. Selain itu, kerajaan kebangsaan mungkin memasukkan kaveat dalam persetujuan pembiayaan yang mengenakan sekatan ke atas belanjawan yang telah dibayar apabila terdapat penyimpangan daripada rancangan asal yang telah diluluskan (cth., menambah skop baharu atau mengubah jenis teknologi yang digunakan), hal ini boleh menyebabkan penangguhan dalam pengeluaran dana atau pelaksanaan projek yang sangat tidak fleksibel.
  • Kekurangan perancangan projek dan kapasiti pengurusan dalam sektor awam. Projek bandar pintar boleh menjadi kompleks dan melibatkan pelbagai agensi atau sektor yang berbeza, maka pegawai kerajaan memerlukan kemahiran teknikal, perundangan dan kewangan yang kuat untuk merancang dan menguruskan projek tersebut. Projek yang tidak direka dan diurus dengan baik boleh menyebabkan limpahan kos atau kegagalan pelaksanaan.

Kemungkinan Manfaat

  • Saluran yang jelas dan mudah untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan. Jika kewangan negara tersedia dan boleh digunakan tanpa pelbagai masalah birokratik, kaedah ini boleh menjadi kaedah yang pantas dan mudah untuk menyokong projek bandar pintar

Sumber/Maklumat Tambahan

Case Study

Scroll to Top