Bon Perbandaran

Bon perbandaran ialah bon yang dikeluarkan oleh negeri atau kerajaan tempatan bagi mengumpul dana untuk projek awam seperti sekolah, jalan, pembetungan, hospital dan keperluan komuniti yang lain.

Instrument Category

Other ınstruments ın the same Category

Relevant case study

Keterangan

Bon perbandaran ialah bon yang dikeluarkan oleh negara atau kerajaan tempatan (temasuk bandar, pekan, kampung, daerah, dll.) untuk mengumpul dana bagi projek awam, seperti sekolah, jalan, pembentungan, hospital atau keperluan komuniti yang lain. Entiti perbandaran (‘pengeluar’ atau ‘peminjam’) menjual bon untuk menerima pinjaman daripada pelabur (‘pemegang bon’) dan menggunakan hasil kutipan untuk membiayai projek dengan kepentingan awam. Kematangan bon perbandaran boleh berjulat dari dua bulan hingga 30 tahun atau lebih, dengan kematangan yang lebih panjang yang mencerminkan hayat kebergunaan aset awam yang bagus.

Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama

  • Rangka kerja undang-undang sedia ada untuk meminjam. Undang-undang dan prosedur untuk mengeluarkan bon perbandaran perlu diwujudkan dahulu sebelum pengeluaran bon. Rangka kerja dan prosedur ini patut memperincikan cara hutang dapat diperoleh, jenis keselamatan yang boleh digunakan oleh perbandaran, mata wang yang boleh digunakan oleh bon itu dan remedi untuk melindungi pemberi pinjaman sekiranya pembayaran lewat berlaku.
  • Penarafan kredit positif. Penarafan kredit yang baik meningkatkan daya tarikan bon perbandaran. Penarafan kredit menjadi penunjuk kepada pelabur yang berpotensi bahawa pengeluar bon mempunyai sejarah yang baik kerana memenuhi kewajipannya, berada dalam kesihatan kewangan yang baik dan mengekalkan amalan tadbir urus yang teguh.
  • Penggunaan jelas bagi hasil kutipan bon. Projek yang ditakrifkan dengan jelas dan diperlukan, seperti pembangunan infrastruktur, sekolah, hospital dll., boleh menunjukkan komitmen perbandaran untuk menggunakan hasil kutipan bon bagi tujuan yang bermanfaat dan meningkatkan tarikan pelabur. Objektif dan hasil projek perlu ditentukan dengan jelas.
  • Menjalankan kaedah penilaian pasaran. Langkah menjalankan kaedah penilaian pasaran sebelum mengeluarkan bon perbandaran ialah amalan yang bijak untuk mengukur permintaan. Mewujudkan duluan, seperti mengeluarkan bon kerajaan pusat, boleh memberikan maklumat yang berharga tentang permintaan pasaran. Selain itu, amalan menjalankan kaedah penilaian pasaran turut boleh mengenal pasti kejadian ketika kerajaan tempatan telah cuba mengeluarkan bon tetapi gagal kerana cabaran birokratik.
  • Insentif untuk meningkatkan daya tarikan bon. Penggunaan jaminan bon boleh meningkatkan daya tarikan bon kepada pelabur dengan mengurangkan tanggapan risiko. Potongan dan pengecualian cukai untuk pendapatan daripada bon perbandaran juga boleh menjadi insentif untuk menjadikan bon perbandaran nampak lebih menarik.

Kemungkinan Cabaran

  • Pengalaman kerajaan tempatan yang terhad. Kerajaan tempatan mungkin mempunyai pengalaman terhad dalam mengurus urusan bon yang kompleks. Pengeluaran bon perbandaran masih berisiko, terutamanya ketidakmampuan kerajaan untuk membayar faedah dan kewajipan hutang pokok mereka apabila tiba masa untuk membuat bayaran mengikut kontrak. Jika risiko ini tidak ditangani dengan betul atau diurus dengan sewajarnya, pengeluaran bon boleh menjejaskan kewangan kerajaan tempatan pada masa akan datang.
  • Ketidakpastian kawal selia. Ketiadaan garis panduan yang jelas untuk pengeluaran bon bagi majlis perbandaran atau perubahan kawal selia yang berpotensi dalam kemampuan kerajaan tempatan untuk meningkatkan hutang dan meminjam dana, akan memberikan impak kepada perancangan dan pengeluaran bon dengan baik.
  • Kos tinggi pengeluaran. Pengeluaran bon perbandaran memerlukan kos sokongan yang ditanggung oleh kerajaan tempatan yang mengeluarkan bon tersebut. Contohnya, bayaran pengurusan, bayaran untuk jaminan, perundingan undang-undang, penasihat kewangan, agensi penarafan dan bayaran menjalankan kaedah penilaian pasaran. Kerajaan juga perlu memperuntukkan belanjawan untuk pengurusan dana bon.
  • Polisi mengehadkan penyertaan pasaran asing. Polisi yang menetapkan mandat pengeluaran hutang (bon) secara eksklusif dalam mata wang tempatan mungkin menyimpang daripada keutamaan pasaran untuk bon yang menggunakan mata wang asing

Kemungkinan Manfaat

  • Bon perbandaran menyediakan pilihan untuk pembiayaan jangka panjang. Bon perbandaran memberikan kerajaan tempatan pilihan untuk pembiayaan jangka panjang bagi projek infrastruktur dengan menjajarkan jadual pembayaran semula dengan hayat kebergunaan aset yang dibiayai, justeru mengelakkan keperluan untuk penyelesaian pendanaan jangka pendek.
  • Keupayaan untuk mengumpul modal bagi projek berskala besar. Bon perbandaran membenarkan kerajaan tempatan untuk mengumpul modal untuk membiayai projek infrastruktur penting yang mungkin sukar untuk dibiayai hanya melalui pemindahan langsung daripada belanjawan kebangsaan.
  • Hasil kutipan bon boleh digunakan untuk membiayai pelbagai projek. Bon perbandaran boleh dikeluarkan untuk mengumpul dana bagi pelbagai projek yang membantu menangani keperluan penting komuniti, seperti sekolah, pengangkutan awam, jalan raya dan jambatan, hospital, sistem pengurusan air dan sisa

Sumber/Maklumat Tambahan

Case Study

Scroll to Top