Bon Hijau, Sosial dan Kemampanan (bon GSSS)

Bon Hijau, Sosial dan Mampan (Bon GSSS) ialah hasil kutipan terus yang dikumpul untuk inisiatif menggalakkan hasil persekitaran, sosial dan kemampanan yang positif.

Instrument Category

Other ınstruments ın the same Category

Relevant case study

Different types of GSSS bonds. Available at: https://www.fidelity.com.sg/beginners/esginvesting/finding-the-right-tree-in-a-forest

Keterangan

Bon hijau, sosial dan kemampanan (bon GSSS) menujukan hasil kutipan kepada inisiatif yang memupuk hasil alam sekitar, sosial dan mampan yang positif. Banyak negara ASEAN telah mengeluarkan bon GSSS dengan sokongan kerajaan negara dan bank pembangunan berbilang pihak.

Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama

  • Pematuhan prinsip dan standard antarabangsa. Bon yang dikeluarkan untuk inisiatif hijau, sosial atau kemampanan harus mematuhi standard atau prinsip antarabangsa, seperti yang ditetapkan dalam standard bon GSSS ASEAN, yang berdasarkan prinsip GSSS Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa (ICMA). Langkah sedemikian dapat membantu untuk mempertingkatkan keyakinan pelabur dan mengelakkan acah hijau, mengurangkan kos transaksi, serta memupuk perdagangan yang berkesan dan juga menambah baik kecairan pasaran.
  • Wujudkan garis panduan atau rangka kerja negara berkenaan dengan pengeluaran bon GSSS. Kewujudan rangka kerja atau set garis panduan negara yang berkenaan dengan bon GSSS dapat memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kerajaan tempatan melihat bon sebagai pilihan yang berdaya maju untuk membiayai projek bandar pintar. Garis panduan ini bukan sahaja membantu untuk memudahkan proses pengeluaran dan mengelakkan acah hijau, malah menghantar isyarat sokongan kerajaan yang kuat bagi pelaburan mampan.
  • Penggunaan strategi pengurangan risiko. Cabaran biasa yang dihadapi oleh bon GSSS ialah kekurangan penarafan gred pelaburan daripada agensi penarafan credit utama, seterusnya menjejaskan minat pelabur. Setakat ini, penggunaan mekanisme peningkatan kredit, seperti jaminan, dapat meningkatkan penarafan bon dengan ketara, serta mempertingkatkan daya tarikan pelabur. Satu lagi kemungkinan strategi melibatkan pemanfaatan institusi kuasi kerajaan, seperti bank tempatan yang dimiliki oleh kerajaan, dana pencen negara atau penyedia insurans negara bagi jualan awal untuk membina keyakinan pasaran terhadap instrumen dan menyediakan asas bagi memperoleh kepercayaan pelabur institusi yang lebih luas

Kemungkinan Cabaran

  • Kekurangan rangka kerja kawal selia pemungkin. Kekurangan sumber dan panduan dalaman kerajaan yang diperuntukkan untuk membangunkan garis panduan yang standard dan persekitaran kawal selia pemungkin dapat menghalang pengeluaran bon GSSS serta menyebabkan kekurangan instrumen sedemikian yang tersedia dalam pasaran modal domestik. Rangka kerja undang-undang yang tidak jelas juga dapat menghalang bandar daripada pengeluaran bon.
  • Pengalaman yang terhad dalam pengeluaran bon GSSS. Kerajaan tempatan mungkin mempunyai pengalaman yang terhad dalam pengeluaran bon GSSS. Pengeluar perlu menghadapi standard industri yang khusus, metrik penaksiran, serta proses pemantauan dan pengesahan yang menjadikan seluruh proses itu rumit dan cerewet. Kekurangan garis panduan negara yang jelas akan memburukkan lagi cabaran ini dan menghalang kerajaan tempatan daripada melihat bon GSSS sebagai pilihan pembiayaan yang berdaya maju untuk projek bandar pintar. Selain itu, kerajaan tempatan yang mempunyai keupayaan pengurusan kewangan atau rekod prestasi yang buruk dalam pengendalian belanjawan mungkin terkekang untuk mencapai pasaran bon GSSS melalui keupayaan pengeluaran sendiri.
  • Kos pemenuhan pensijilan bon GSSS atau keperluan pendedahan. Pencapaian label “bon hijau”, serta pemantauan dan pengurusan keperluan pendedahan biasanya dilasanakan oleh pihak ketiga, iaitu dalam sesetengah pasaran boleh memiliki kos yang agak tinggi (berjulat antara USD 10,000-100,000) dan boleh menimbulkan halangan bagi sesetengah pengeluar.
  • Pemahaman dan minat yang terhad daripada pelabur tempatan. Minat yang terhad daripada pelabur domestik boleh menghalang penggunaan bon GSSS untuk membiayai projek bandar pintar dan menghalang pertumbuhan pasaran bon GSSS tempatan. Kekurangan pemahaman manfaat bon GSSS, tanggapan bahawa pengeluaran bon tematik adalah lebih rumit berbanding dengan bon konvensional tanpa manfaat tambahan yang banyak, kekurangan keperluan pendedahan untuk pelabur mendedahkan impak alam sekitar daripada saham mereka, serta kekurangan pilihan peningkatan kredit untuk menjadikan bon kelihatan lebih menarik kepada pelabur, merupakan faktor yang menyumbang kepada kekurangan minat daripada pelabur

Kemungkinan Manfaat

  • Pembiayaan projek hijau, sosial dan mampan. Bon GSSS memberi bandar sumber pembiayaan alternatif yang khusus untuk projek yang mesra alam dan bertanggungjawab dari segi sosial. Dengan mencapai modal melalui bon ini, bandar dapat melanjutkan matlamat kemampanan tanpa bergantung pada kaedah pembiayaan tradisional, seperti pinjaman bank, semata-mata.
  • Pilihan pembiayaan jangka panjang. Bon GSSS dapat memberikan pembiayaan jangka panjang kerana masa aliran wang tunai bagi projek infrastruktur hijau biasanya serasi dengan jadual pembayaran semula bon jangka sederhana dan panjang.
  • Pengumpul untuk projek GSSS yang lebih kecil Bon boleh digunakan sebagai strategi yang berkesan untuk membiayai projek hijau, sosial atau mampan yang lebih kecil dengan mengumpulkan projek tersebut di bawah satu pengeluaran bon tunggal. Pendekatan ini dapat membolehkan kawasan perbandaran mengatasi setiap had saiz projek dan mencapai ekonomi skala bagi kos transaksi.
  • Peningkatan reputasi dan kebolehpercayaan. Penjajaran projek berasaskan bandar dengan rangka kerja bon GSSS dapat membantu bandar memastikan infrastruktur bandar mengikut standard atau rangka kerja hijau, sosial atau mampan negara atau antarabangsa. Perkaitan projek bandar pintar dengan bon juga dapat membantu bandar membina ketelusan dan prosedur pentadbiran dalaman yang dapat membawa kepada pengurusan kewangan yang baik bagi bandar. Komitmen ini dapat meningkatkan reputasi dan kebolehpercayaan bandar dalam kalangan pelabur, penduduk dan pihak berkepentingan yang lain, serta memupuk imej positif yang berkemungkinan menarik pembiayaan lanjut bagi projek akan datang.

Sumber/Maklumat Tambahan

Case Study

Scroll to Top