Dana Pelaburan Hijau

Dana Pelaburan Hijau (Green Investment Fund (GIF)) ialah alat pembiayaan yang direka untuk menggerakkan modal bagi projek dan syarikat yang menumpukan kepada pengurangan perubahan iklim dan menggalakkan pembangunan mampan.

Instrument Category

Other ınstruments ın the same Category

Relevant case study

Keterangan  

Dana Pelaburan Hijau (Green Investment Fund (GIF)) ialah alat pembiayaan yang direka untuk menggunakan modal bagi projek dan syarikat yang menumpukan kepada langkah mengurangkan perubahan iklim, memelihara alam sekitar dan mempromosikan pembangunan mampan. Dana Pelaburan Hijau boleh mengakses pelbagai sumber modal, termasuk geran, pinjaman, pelaburan ekuiti dan pembiayaan campuran. Beberapa contoh termasuk Kemudahan Kewangan Hijau Pemangkin ASEAN (ASEAN Catalytic Green Finance Facility (ACGF)) oleh ADB, Dana Pelaburan Iklim dan Kemudahan Alam Sekitar Global (Global Environment Facility (GEF)). Dana-dana ini kebiasaannya menumpukan kepada langkah membiayai projek dengan impak Persekitaran, Sosial atau Pentadbiran, (Environmental, Social or Governance (ESG)), seperti grid pintar dan sistem tenaga, tenaga boleh dibaharui, pengangkutan mampan, pengurusan air dan sisa serta bangunan hijau.

Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama

  • Penjajaran dengan objektif dana. Projek yang mencari dana perlu sejajar dengan objektif khusus dan keutamaan setiap dana. Hal ini termasuk memahami dengan sepenuhnya bahagian tumpuan dana itu, wilayah sasaran dan hasil yang diingini.
  • Impak sosioekonomi dan persekitaran. Projek perlu menunjukkan manfaat sosioekonomi dan persekitaran yang jelas, seperti penciptaan pekerjaan, menambah baik akses kepada perkhidmatan, pengurangan pelepasan karbon dan daya ketahanan yang dipertingkatkan terhadap perubahan iklim. GIF sering mengutamakan inisiatif yang mempunyai impak sosioekonomi dan persekitaran yang positif.
  • Daya maju dan kemampanan kewangan. Kertas cadangan perlu menggariskan rancangan kewangan yang jelas, termasuk anggaran kos, sumber pembiayaan bersama, mekanisme penjanaan hasil dan strategi untuk kemampanan jangka masa panjang selepas tempoh pembiayaan. Daya maju kewangan adalah penting untuk menarik pelaburan dan memastikan kesinambungan projek.

Kemungkinan Cabaran  

  • Akses kepada pembiayaan sering mempunyai persaingan sengit. Dana pelaburan hijau biasanya mempunyai kriteria yang ketat untuk kelayakan projek, menumpukan pada kemampanan alam sekitar, daya maju kewangan dan impak sosial, yang mungkin memerlukan pihak kerajaan untuk memenuhi keperluan atau standard tertentu. Langkah mengakses dana daripada dana pelaburan hijau sering melibatkan proses dengan persaingan yang sengit apabila kerajaan perlu bersaing dengan kuasa lain untuk mendapatkan pembiayaan terhad, memerlukan kertas cadangan projek yang komprehensif dan menarik agar menonjol.
  • Fleksibiliti yang terhad dan masa tunggu yang lebih lama. Dana pelaburan hijau mungkin mempunyai keperluan khas atau sekatan untuk penggunaan dana, seperti sektor-sektor khas atau jenis-jenis projek, yang mengehadkan fleksibiliti kerajaan untuk memperuntukkan sumber mengikut keutamaan mereka. Disebabkan oleh keperluan yang dikenakan, langkah mendapatkan dana daripada dana pelaburan hijau mungkin melibatkan masa tunggu yang lebih lama kerana keperluan untuk usaha wajar yang komprehensif, penilaian projek dan proses kelulusan, yang menangguhkan pelaksanaan projek dan mempengaruhi garis masa.
  • Proses permohonan dan kelulusan boleh memakan masa. Proses permohonan boleh memakan masa, penuh birokrasi dan rumit. Langkah mengharungi pelbagai tahap kelulusan, keperluan pematuhan dan dokumentasi boleh menjadi cabaran yang besar untuk bakal pemohon, terutamanya organisasi kecil atau kerajaan tempatan dengan sumber dan kepakaran yang terhad.
  • Penerima boleh menghadapi cabaran dalam memenuhi standard pemantauan dan penilaian. Penerima yang memperoleh dana daripada dana pelaburan hijau mungkin perlu menghadapi keperluan pelaporan dan kebertanggungjawapan yang ketat, termasuk pemantauan dan penilaian hasil projek dan impak persekitaran, meningkatkan beban pentadbiran dan kos-kos pematuhan.

Kemungkinan Manfaat

  • GIF menyokong pembangunan hijau. Dana ini menyediakan sumber kewangan yang amat diperlukan untuk menyokong pembangunan bandar pintar dan projek infrastruktur yang penting di negara-negara ASEAN. Dana ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk pembangunan infrastruktur hijau dan pembinaan kapasiti. Terutamanya, dana pelaburan hijau mengutamakan projek-projek dengan impak persekitaran dan sosial yang positif, seperti mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, memperbaiki kualiti udara, menambah baik kecekapan tenaga dan mempromosikan penyertaan sosial dan ekuiti.
  • GIF boleh menyediakan sokongan kebolehan teknikal. Selain daripada kewangan, GIF juga sering menyediakan bantuan teknikal, pembinaan kapasiti dan perkhidmatan nasihat kepada penerima, yang membantu menguatkan kapasiti institusi dan meningkatkan kemungkinan untuk projek yang dibiayai itu berjaya.

Sumber/Maklumat Tambahan

Case Study

Scroll to Top