Pendanaan awam

Pendanaan awam merupakan amalan pencarian sandaran kewangan bagi projek atau usaha niaga dengan mengumpul jumlah wang yang sedikit daripada sekumpulan besar penderma dalam talian.

Instrument Category

Other ınstruments ın the same Category

Relevant case study

Difference between traditional funding and crowdfunding. Available at: https://advantiss.com/crowdfunding-platforms-how-are-they-built/

Keterangan

Pendanaan awam merupakan amalan pencarian sandaran kewangan bagi projek atau usaha niaga dengan mengumpul jumlah wang yang kecil daripada sekumpulan besar penderma dalam talian. Inisiatif pendanaan awam hanya memerlukan sumbangan wang yang kecil oleh setiap penduduk yang boleh bertambah menjadi jumlah yang besar. Dana yang diperoleh boleh digunakan untuk membiayai penambahbaikan perkhidmatan bandar sambil mengumpulkan maklumat daripada penduduk tentang pandangan mereka terhadap inisiatif tertentu pada masa yang sama. Data ini boleh memaklumi kerajaan bandar tentang trend, keutamaan dan corak tingkah laku dalam masyarakat untuk menambah baik cara pihak berkuasa tempatan melayan penduduk.

Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama

  • Garis panduan yang jelas tentang jenis projek yang layak bagi pendanaan awam dan julat belanjawan pendanaan awam harus diwujudkan. Garis panduan yang jelas perlu diwujudkan untuk memastikan bahawa agensi atau kerajaan tempatan terus memberikan perkhidmatan awam yang penting dan menggunakan pendanaan awam sebagai bentuk sokongan tambahan dan bukannya sebagai sumber pendanaan lalai. Saiz dana yang boleh diperoleh melalui pendanaan awam dan cara berinteraksi dengan pihak berkepentingan untuk mendapatkan dana harus ditetapkan dengan jelas dalam garis panduan.
  • Garis panduan dan peraturan yang jelas tentang cara dana yang diperoleh digunakan dan diurus harus dibincangkan dengan pihak berkepentingan. Untuk menjayakan kempen pendanaan awam, garis panduan yang jelas mestilah dikeluarkan tentang cara dana yang diperoleh digunakan dan diurus untuk mengelakkan penyalahgunaan dana dan rasuah yang kemudiannya akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap proses pendanaan awam. Bukan sahaja proses pengeluaran dana perlu telus dengan kebertanggungjawapan yang jelas, malah pengurusan dana yang belum digunakan juga perlu diambil kira dengan jelas. Perkara ini termasuklah pengendalian dana berlebihan yang dikutip serta dana yang dikutip bagi projek yang akhirnya dibatalkan.
  • Peraturan cukai bagi wang yang dikutip melalui pendanaan awam mestilah diwujudkan. Untuk memastikan dana yang dikutip melalui pendanaan awam digunakan untuk tujuan yang sepatutnya, peraturan cukai yang membimbing pengutipan dana sedemikian, bagi penderma dan pengutip, perlu diwujudkan dengan jelas.

Kemungkinan Cabaran

  • Kekurangan pengalaman pihak kerajaan. Pegawai kerajaan mungkin mempunyai pengalaman yang terhad dalam perancangan kempen pendanaan awam yang boleh meraih minat dan sokongan yang mendalam daripada orang awam. Untuk menjayakan kempen pendanaan awam, objektif projek dan cara dana akan digunakan untuk memberikan manfaat kepada masyarakat atau benefisiari perlu disampaikan dengan jelas kepada orang awam dan kempen media sosial biasanya diperlukan untuk membuat publisiti tentang kempen.
  • Kos pengurusan kempen pendanaan awam. Platform pendanaan awam dan penyedia bayaran akan mengenakan caj penggunaan platform atau perkhidmatan untuk mengutip dan menggunakan dana. Perkara ini boleh menimbulkan masalah besar disebabkan oleh saiz kecil setiap derma dalam kempen pendanaan awam. Kerajaan bandar perlu menemukan cara mengoptimumkan pengutipan kewangan tanpa “hilang” sebahagian besar derma kepada pengantara.
  • Mungkin tidak dapat diakses oleh sesetengah bahagian masyarakat. Pendanaan awam merupakan pendekatan yang agak baharu untuk memperoleh dana bagi projek awam dan penggunaan platform digital untuk memperoleh dana mungkin menyisihkan sesetengah bahagian masyarakat yang mungkin kekurangan keupayaan digital untuk mengakses platform sedemikian atau kurang percaya akan kempen pendanaan awam dalam talian, khususnya kerana terdapat penipuan di ruang dalam talian.

Kemungkinan Manfaat

  • Membolehkan dana diperoleh dengan pantas bagi projek berskala kecil. Kempen yang mendapat publisiti yang baik dan berjaya boleh memperoleh dana dengan pantas bagi projek bandar pintar berskala kecil dan membolehkan projek ini dilaksanakan dengan pantas. Perkara ini boleh menjadikan pendanaan awam lebih berkesan berbanding dengan permintaan dana kerajaan bagi projek yang sama kerana penggunaan wang pembayar cukai mungkin tertakluk pada proses yang lebih rasmi dan tempoh kelulusan yang lebih lama.
  • Dana langsung bagi projek yang diutamakan oleh penduduk. Sifat pendanaan awam bermaksud penduduk bebas untuk menyokong projek yang didapati berguna dan bernilai sahaja bagi masyarakat atau bakal benefisiari. Perkara ini bermaksud bahawa projek paling penting yang dianggap paling memenuhi keperluan masyarakat atau benefisiari tertentu akan diutamakan.
  • Membolehkan kerajaan mengumpulkan data tentang pandangan orang awam. Kempen pendanaan awam boleh menjadi saluran untuk kerajaan mengumpulkan data tentang keutamaan dan pandangan penduduk tentang inisiatif tertentu. Data boleh digunakan untuk memaklumi kerajaan bandar tentang trend, keutamaan dan corak tingkah laku dalam masyarakat untuk menambah baik cara pihak berkuasa tempatan melayan penduduk.
  • Boleh mewujudkan rasa pemilikan dan pemerkasaan dalam masyarakat. Apabila dana yang diperoleh daripada masyarakat digunakan untuk menyokong benefisiari dalam masyarakat, perkara ini dapat mewujudkan rasa penyertaan dalam penyumbangan ke arah hasil projek. Anggota masyarakat juga lebih cenderung untuk menyokong projek dengan cara bukan kewangan jika mereka ada rasa pemilikan dan pemerkasaan, seterusnya meningkatkan kemungkinan kejayaan projek.

Sumber/Maklumat Tambahan

  1. Carè, Trotta, Carè dan Rizzello (2018). Crowdfunding for the development of smart cities. Tersedia di: https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0007681317301908
  2. Gooch, Kelly, Stivera, van der Lindena, Petrea, Richards, Klis-Davies, MacKinnon, Macpherson dan Walton (2019). The Benefits and Challenges of Using Crowdfunding to Facilitate Community-led Projects in the Context of Digital Civics. Tersedia di: neptune-prod.its.unimelb.edu.au/server/api/core/bitstreams/710f816a-2dab-5004-8f65-bf3e60fb25db/content
  3. Tersedia di: https://cms.mit.edu/civic-crowdfunding-participatory-communities-entrepreneurs-political-economy-place/

Case Study

Scroll to Top