Pinjaman Berkonsesi

Pinjaman konsesi ialah pinjaman yang ditawarkan dengan syarat-syarat yang lebih memuaskan berbanding syarat-syarat pasaran untuk peminjam.

Instrument Category

Other ınstruments ın the same Category

Relevant case study

Keterangan

Pinjaman berkonsesi merupakan pinjaman yang menawarkan terma yang lebih menguntungkan berbanding dengan yang dapat diperoleh peminjam di pasaran. Terma sedemikian biasanya menyertakan kadar faedah yang lebih rendah daripada pasaran, tempoh tangguh yang penerima pinjaman tidak perlu membuat pembayaran balik atau gabungan kedua-duanya. Pinjaman ini selalunya diberikan oleh agensi pembangunan antarabangsa, seperti institusi kewangan pembangunan (DFI), agensi penderma atau kerajaan (melalui bantuan pembangunan rasmi (ODA) dengan matlamat utama untuk menyokong inisiatif pembangunan sosioekonomi di negara penerima. Sifat berkonsesi pinjaman ini mengurangkan kos modal bagi peminjam, dengan itu membolehkan capaian kepada modal yang sangat diperlukan untuk membiayai projek.  Dengan penstrukturan yang sesuai, pinjaman berkonsesi boleh menjadi alat penyambung yang penting untuk menarik pendanaan sektor swasta yang lebih besar sebaik sahaja projek dilancarkan.

Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama

  • Kepercayaan kredit bandar. Pengekalan kepercayaan kredit yang tinggi adalah penting bagi mana-mana bandar yang menginginkan kewangan berkonsesi. Kepercayaan kredit menandakan keupayaan bandar untuk melunaskan kewajipan hutang tepat pada masanya. Faktor yang menyumbang kepada kepercayaan kredit termasuklah pengurusan fiskal yang berkesan, tadbir urus yang telus dan rekod prestasi pembayaran semula pinjaman yang terbukti. Bandar yang sentiasa mendukung prinsip ini dapat mempertingkatkan reputasi dalam kalangan institusi kewangan pembangunan atau agensi penderma, dengan itu memperkukuh kelayakan bandar untuk mendapat pinjaman berkonsesi.
  • Capaian langsung kepada DFI atau ODA. Pemupukan hubungan langsung antara bandar dengan DFI atau agensi penderma dapat memperkasakan bandar untuk berinteraksi dalam perbincangan yang lebih bermakna dan membangunkan pelan yang lebih sejajar dengan matlamat pembangunan. Bandar dapat diperkasakan agar menggunakan kepakaran dan sumber organisasi ini secara terus, yang mungkin memperkemas proses pemerolehan kewangan berkonsesi bagi projek infrastruktur. Dalam sesetengah  keadaan, perkara ini mungkin bermaksud pewujudan, penjelasan atau penggalakan rangka kerja undang-undang atau kawal selia yang membolehkan kerajaan tempatan menggerakkan modal melalui bentuk pendapatan hutang yang dibenarkan.

Kemungkinan Cabaran

  • Kekurangan rangka kerja undang-undang atau kawal selia yang jelas berkenaan dengan peminjaman. Rangka kerja undang-undang atau kawal selia yang tidak jelas dapat menghalang keupayaan peminjaman sesebuah bandar. Contohnya, walaupun kerajaan tempatan diberi kebenaran di sisi undang-undang untuk mendapatkan modal melalui bon atau bentuk peminjaman sah yang lain, secara amalinya, amalan pengagihan yang tidak jelas daripada kerajaan pusat atau peraturan yang kekurangan perincian tentang cara bandar harus mengurus defisit tempatan atau perkara yang boleh digunakan sebagai sandaran pinjaman boleh menghalang bandar daripada mencapai modal melalui pembiayaan berkonsesi.
  • Keupayaan pentadbiran yang terhad bagi pegawai kerajaan. Proses permohonan pinjaman berkonsesi boleh menjadi rumit, khususnya bagi pegawai kerajaan tempatan yang mungkin tidak biasa dengan keperluan seperti menyusun usul projek yang terperinci, perancangan kewangan dan keperluan prosedur yang lain. Bandar yang mempunyai keupayaan pentadbiran yang terhad mungkin mengalami cabaran untuk menyediakan dan menyerahkan dokumentasi yang diperlukan.
  • Cabaran pengurusan fiskal dalam  sektor awam. Bandar yang mempunyai tahap hutang sedia ada yang tinggi atau ketelusan pengurusan fiskal yang tidak baik mungkin sukar memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh DFI antarabangsa atau agensi penderma yang bandar sedang mendapatkan pembiayaan berkonsesi. Faktor dasar seperti keadaan politik, inflasi dan turun naik pertukaran asing juga dapat menghalang pengurusan hutang bandar secara berkesan, yang menimbulkan halangan untuk mencapai pinjaman berkonsesi

Kemungkinan Manfaat

  • Pinjaman berkonsesi menyediakan pembiayaan mampu milik. Pinjaman berkonsesi memberi bandar cara berkesan kos untuk membiayai projek bandar pintar. Pinjaman berkonsesi mempunyai struktur yang agak mudah dan dapat digunakan dengan cepat pada mana-mana peringkat projek. Dengan kadar faedah yang lebih rendah, tempoh pembayaran balik yang dilanjutkan atau kedua-duanya, pinjaman ini mengurangkan kos peminjaman untuk bandar dan membolehkan bandar melaksanakan projek yang berpotensi besar tetapi mungkin tidak berdaya maju secara komersial.
  • Pinjaman mungkin dapat memangkinkan atau menyokong hiliran pelaburan sektor swasta. Pelabur swasta mungkin teragak-agak untuk membiayai inisiatif tertentu disebabkan oleh anggapan tahap atau risiko, walaupun inisiatif tersebut berpotensi besar. Pinjaman berkonsesi memainkan peranan yang penting dalam membantu inisiatif tersebut dilancarkan dan menunjukkan daya maju. Apabila inisiatif mewujudkan rekod prestasi yang terbukti, inisiatif tersebut mungkin kelihatan lebih menarik kepada pelabur swasta untuk mengambil bahagian.
  • Memudahkan pembangunan pasaran dan menyokong inovasi. Pinjaman berkonsesi dapat menggalakkan inovasi dan pembangunaan pasaran dengan memberikan sokongan kewangan bagi projek berimpak tinggi yang mungkin kelihatan terlalu baharu atau berisiko bagi pembiaya konvensional. Sebagai contoh, pinjaman berkonsesi dapat membantu dalam membiayai projek tenaga boleh dibaharui untuk menunjukkan daya maju dan potensi sektor tenaga boleh dibaharui di sesebuah negara. Sokongan kewangan menggalakkan penemuan inisiatif perintis yang menyumbang kepada pertumbuhan dan kematangan pasaran memuncul. 

Sources/Additional Information

Case Study

Scroll to Top