Explanation of Build Operate Transfer model. Available at: https://www.wallstreetmojo.com/buildoperate-transfer
Keterangan
Perkongsian Awam-Persendirian (Public Private Partnership (PPP)) ialah kontrak jangka panjang antara entiti kerajaan dengan entiti swasta untuk menyediakan perkhidmatan atau aset yang membawa manfaat kepada awam, apabila pihak swasta menanggung sebahagian daripada risiko dan tanggungjawab. PPP boleh menjadi pilihan yang menarik untuk kerajaan kerana mereka boleh memindahkan kos pendahuluan kepada rakan kongsi swasta, mengambil kesempatan ke atas kepakaran luaran dan membuka pilihan pendanaan baharu.
Build-Operate-Transfer (BOT) ialah sejenis model PPP apabila grantor sektor awam memberi sebuah syarikat swasta hak untuk membangunkan dan mengendalikan kemudahan atau sistem untuk tempoh projek, berbanding projek yang dibangunkan dan kendalikan secara sepenuhnya oleh sektor awam dari awal. Operator sektor swasta membiayai, memiliki dan membina kemudahan atau sistem tersebut dan mengendalikannya secara komersial selama tempoh projek, apabila selepas itu, kemudahan tersebut dipindahkan kepada pihak kerajaan. Operator secara amnya mendapat hasil melalui bayaran yang dikenakan kepada utiliti/kerajaan, berbanding tarif yang dikenakan kepada pengguna.
Model BOT ialah kontrak berdasarkan output apabila kontraktor bertanggungjawab untuk memenuhi output kontrak. Kontrak BOT biasanya ialah kontrak jangka panjang dengan tempoh perkhidmatan operasi selama 20-30 tahun. Kontrak BOT secara amnya sesuai untuk projek greenfield berskala besar. Kebiasaannya kontrak ini digunakan untuk membangunkan aset diskret (cth., jalan tol) berbanding seluruh rangkaian (cth., seluruh rangkaian pengangkutan).
Syarat Pemungkin dan Pertimbangan Utama
- Rangka kerja undang-undang dan kawal selia untuk PPP. Persekitaran undang-undang dan kawal selia yang teguh di negara projek itu penting untuk penstrukturan projek PPP, termasuk projek BOT. Rangka kerja ini patut mendefinisikan hak pelaburan sektor swasta, memastikan pemerolehan yang telus, menggariskan proses timbang tara dan menetapkan prosedur untuk kemuflisan/pembayaran lambat. Langkah menggariskan dengan jelas kemampuan penguatkuasaan antara institusi itu adalah penting. Rangka kerja kawal selia bukan sahaja mewujudkan peluang perniagaan untuk pelabur swasta tetapi turut mempengaruhi kepantasan urus niaga, penetapan harga dan kepastian undang-undang dalam aturan kontrak dan peraturan penguatkuasaan undang-undang.
- Kepakaran sektor awam dalam reka bentuk dan pelaksanaan. Pelaksanaan PPP yang berjaya bergantung pada rangka kerja institusi yang berkesan dan menggariskan dengan jelas peranan dan tanggungjawab semua kementerian dan badan-badan yang berkaitan. Hal ini meningkatkan kecekapan dan memastikan penguatkuasaan perjanjian PPP yang berkesan, menggalakkan kejayaan dan kemampanan usaha sama antara sektor awam dengan swasta. Kapasiti sektor awam sangat penting dalam projek BOT apabila kerajaan menjalankan proses pembidaan yang sengit untuk mengenal pasti operator sektor swasta yang sesuai berdasarkan faktor-faktor seperti pengalaman, kecekapan teknikal dan daya maju kewangan.
- Pembekal sektor swasta yang cekap. PPP hanya akan berjaya jika sektor swasta itu mempunyai kebolehan untuk menambah nilai kepada penyampaian perkhidmatan awam. Justeru, PPP hanya patut digunakan dalam projek apabila sektor swasta mempunyai kecekapan untuk memenuhi standard perkhidmatan yang diperlukan oleh kerajaan atau orang awam. Hal ini penting terutamanya dalam model BOT apabila entiti swasta bertanggungjawab untuk membiayai pembinaan dan pengendalian aset itu, menjadikannya berdaya maju dari segi komersial. Walaupun kerajaan ialah klien utama dalam pembayaran tarif untuk utiliti, daya maju komersial bagi projek BOT itu penting kepada operator sektor swasta untuk memenuhi kewajipan kewangannya, menarik pelaburan dan mengurus risiko dengan berkesan, dengan itu memastikan penyampaian perkhidmatan yang berjaya dan berterusan
Kemungkinan Cabaran
- Kekurangan kapasiti sektor awam untuk melaksanakan rangka kerja PPP. Kapasiti sektor awam yang tidak mencukupi dalam perumusan polisi dan pengurusan kawal selia mungkin menghambat penciptaan rangka kerja undang-undang/kawal selia PPP yang teguh dan membuat sektor swasta tidak tertarik untuk melibatkan diri. Selain itu, kapasiti sektor awam yang terhad dalam merancang dan menguruskan projek PPP mungkin akan menghasilkan penstrukturan kontrak yang kurang baik, peruntukan risiko yang tidak jelas dan daya tarikan yang berkurang untuk pelabur swasta. Terutamanya, projek BOT memerlukan tahap kepakaran dan pengawasan yang tinggi daripada sektor awam seperti pembangunan dan penguatkuasaan prosedur pembidaan dan penilaian yang telus dan adil serta penyelesaian pertikaian yang berpotensi semasa pelaksanaan untuk memastikan manfaat penuh model BOT dapat direalisasikan. Memandangkan projek BOT melibatkan pelbagai pihak, projek ini memerlukan kontrak bercantum yang kukuh dan pengawasan kawal selia yang teliti untuk menjaga kepentingan awam dan hal itu boleh menjadi mencabar untuk dilaksanakan dan dipantau dengan berkesan.
- Kekurangan kapasiti sektor swasta dan penyertaan yang terhad. Kapasiti terhad dalam sektor swasta mungkin mewujudkan cabaran kepada kontraktor untuk mengikut rangka kerja undang-undang dan kawal selia, mengakibatkan pencerutan dan penangguhan dalam pelaksanaan projek.Isu ini sangat penting dalam model BOT apabila operator yang mengawasi seluruh kitaran hayat projek mungkin tidak mampu untuk memenuhi kewajipan kontrak dan peraturan, serta menangguhkan pembinaan dan pengendalian utiliti/kemudahan tersebut. Selain itu, perbelanjaan modal yang besar dan jangka masa panjang yang diperlukan untuk menjana hasil dalam projek BOT mewujudkan risiko yang tinggi untuk pelabur swasta. Profil yang dianggap berisiko tinggi ini mungkin menyebabkan kekurangan minat daripada pelabur swasta, berkemungkinan akan menghasilkan kumpulan rakan kongsi berpotensi yang kecil untuk projek BOT.
- Risiko yang berpotensi untuk ketidaksinambungan perkhidmatan. Jika kontraktor menghadapi cabaran kewangan semasa tempoh kontrak, kesinambungan perkhidmatan mungkin akan terjejas jika kerajaan atau pembekal swasta alternatif tidak mampu untuk mengambil alih dan meneruskan penghantaran perkhidmatan. Cabaran ini berkaitan terutamanya dalam projek BOT, apabila terdapat kos yang tinggi untuk mengubah operator kerana kerumitan memindahkan tanggungjawab serta kekompleksan undang-undang yang berpotensi.
- Risiko kehilangan kawalan semasa fasa operasi. Kerajaan mungkin mempunyai pengawalan atau kuasa yang kurang untuk membuat keputusan semasa fasa operasi kerana operator sektor swasta menyelia proses harian.
Kemungkinan Manfaat
- Potensi untuk kecekapan kos. Kontraktor sektor swasta, ditugaskan untuk menyelia pelbagai fasa projek seperti mereka bentuk, membina, menyelenggara dan mengendali, mempunyai insentif untuk mengoptimumkan kos jangka hayat bagi kecekapan kos jangka panjang. Hasilnya ialah nilai yang meningkat untuk sektor awam, kerana pembekal sektor swasta mengutamakan pengekalan standard kualiti yang tinggi sambil meminimumkan kos jangka hayat. Hal ini penting terutamanya dalam projek BOT kerana projek-projek dilaksanakan dalam situasi pembidaan yang kompetitif, dengan itu, diselesaikan pada kos serendah yang mungkin.
- Kontraktor sektor swasta diberi insentif untuk memberikan hasil yang optimum. Kontraktor sektor swasta diberi insentif untuk menyampaikan hasil yang optimum kerana mereka ingin memenuhi atau melebihi sasaran prestasi dalam pelbagai fasa projek. Hal ini menghasilkan kualiti perkhidmatan yang dipertingkatkan, penghantaran projek menepati masa dan pengurusan jangka panjang yang berkesan bagi aset awam, yang akhirnya memberi manfaat kepada sektor awam dan pengguna akhir. Model BOT menyediakan sebuah mekanisma dan insentif untuk perusahaan meningkatkan kecekapan melalui kontrak berdasarkan prestasi dan sasaran berdasarkan output.
- Projek BOT boleh menyokong pembangunan infrastruktur yang dipercepatkan. Projek BOT membantu dalam pembangunan menepati masa bagi infrastruktur kritikal dengan menggunakan kepakaran, pendanaan dan kecekapan operasi sektor swasta. Hasilnya, projek bukan sahaja selesai dengan lebih cepat tetapi memastikan infrastruktur penting dibangunkan dengan pantas untuk memenuhi keperluan masyarakat yang semakin bertambah, meningkatkan kesejahteraan komuniti secara keseluruhan.
- Menyokong pemindahan risiko daripada sektor awam. Dalam projek BOT, operator sektor swasta bertanggungjawab atas semua pembinaan dan risiko operasi semasa tempoh projek. Pemindahan risiko yang strategik ini bukan sahaja mengurangkan beban kewangan yang berpotensi bagi sektor awam, malah menggalakkan sikap kebertanggungjawaban dalam sektor swasta, memberikan insentif kepada mereka untuk melaksanakan strategi pengurusan risiko yang kukuh.
Sumber/Maklumat Tambahan
- ERIA (2008). Bina-Kendali-Pindah untuk Pembangunan Infrastruktur. Pengajaran daripada Pengalaman Filipina. Boleh didapati di: https://www.eria.org/uploads/media/Research-Project-Report/RPR_FY2007_2_Chapter_11.pdf
- Bank Dunia (2020). Bina-Kendali-Pindah (Build-Operate-Transfer (BOT)) Konsesi dan Projek Mereka Bentuk-Bina-Kendali (Design-Build-Operate (DBO)). Boleh didapati di: https.//ppp.worldbank.org/public-private-partnership/agreements/concessions-bots-dbos
- ADB (2011). Alat Pembiayaan Yang Sesuai dalam Perkongsian Awam-Persendirian untuk Meningkatkan Pembangunan Infrastruktur Rentas Sempadan-Pengalaman EU. Boleh didapati di: https.//www.adb.org/sites/default/files/publication/156136/adbi-wp281.pdf
- MOF (2018). Buku Panduan Perkongsian Awam-Persendirian Versi 2. Boleh didapati di: https.//www.mof.gov.sg/docs/default-source/policies/procurementprocess/ppphandbook2012.pdf
- PPIAF (2009). Jenis-jenis utama PPP. Boleh didapati di: https.//www.ppiaf.org/sites/ppiaf.org/files/documents/toolkits/highwaystoolkit/6/pdf-version/1-13.pdf
- ADB (n.d.). Buku Panduan Perkongsian Awam-Persendirian. Boleh didapati di: https.//www.adb.org/sites/default/files/institutional-document/31484/public-private-partnership.pdf
- Drishtiias (2022). Model Bina – Kendali – Pindah (Build – Operate – Transfer). Boleh didapati di: https.//www.drishtiias.com/daily-updates/daily-news-analysis/build-operate-transfer-model-1
- WallStreetMojo (n.d.). Model BOT. Boleh didapati di: https.//www.wallstreetmojo.com/build-own-operate-and-transfer/#Advantages-and-Disadvantages
- MadDevs (2023). Model penghantaran BOT dalam syarikat teknologi. Boleh didapati di: https.//maddevs.io/blog/bot-delivery-model-in-tech-companies/
- Al-Azemi, K. F., Bhamra, R., dan Salman, A. F. M. (2014). Rangka kerja pengurusan risiko untuk projek membina, mengendali dan memindah (build, operate and transfer (BOT)) di Kuwait. Boleh didapati di: https.//journals.vilniustech.lt/index.php/JCEM/article/view/3139/2602
- MOF (2018). Public-Private Partnership Handbook Version 2. Available at: https.//www.mof.gov.sg/docs/default-source/policies/procurementprocess/ppphandbook2012.pdf