Alat dan jumlah pembiayaan
1.3 juta euro (USD 977.4 ribu)* melalui pendanaan awam
Latar belakang
Oleh sebab kesukaran untuk mendapatkan dana bagi projek tenaga boleh dibaharui di seluruh dunia dan minat orang awam yang mendalam terhadap pengawalan iklim, pendanaan awam telah muncul sebagai saluran alternatif untuk masyarakat membiayai projek tenaga boleh dibaharui. Beberapa platform tertumpu pada pendanaan awam bagi pengawalan iklim teleh menonjol.
Contoh termasuklah platform rentas sempadan seperti Citizenergy, iaitu platform yang dibiayai bersama oleh Program Tenaga Cerdas Eropah Kesatuan Eropah (EU) yang menggabungkan peluang pelaburan dengan pelabur pendanaan awam yang tertumpu pada tenaga di seluruh dunia di satu tempat, platform yang tertumpu pada negara seperti Abundance Generation, iaitu platform yang membolehkan pelabur di Eropah melaburkan dana dalam pelbagai projek tenaga alternatif di United Kingdom (UK), serta platform dalam negara seperti WindCentrale, iaitu platform yang dilancarkan pada tahun 2010 di Belanda dengan tujuan untuk mempercepat peralihan kepada tenaga boleh dibaharui di Belanda.
Pendekatan
WindCentrale membolehkan orang awam menjadi pemilik bersama bagi turbin angin dan memperoleh manfaat daripada penggunaan tenaga angin. WindCentrale membahagikan turbin angin kepada bahagian angin yang setiap satu mempunyai jangkaan keupayaan penghasilan sebanyak 500 kWh. Melalui platform tersebut, individu persendirian boleh menjadi pemilik bahagian angin ini atau “wind parts” seperti yang ditakrifkan oleh WindCentrale. Setiap tahun, setiap pelabur akan menerima 500 kWh bagi setiap bahagian angin. Tenaga yang terhasil melalui bahagian angin ditolak daripada bil tenaga elektrik tahunan.
Hasil
Semasa pelancaran pada tahun 2013, WindCentrale memperoleh €1.3 juta (USD 977.4 ribu)* dalam hanya tiga belas jam dengan menjual 6,648 bahagian turbin angin kepada 1,700 buah rumah di Belanda. Setakat tahun 2018, WindCentrale telah berjaya memperoleh €15 juta (USD 12.7 juta)** melalui 60,000 bahagian angin bagi sembilan turbin angin yang telah menjana sejumlah hampir 27,656,000 kWh keupayaan penghasilan untuk 15,000 buah rumah. Setakat tahun 2023, WindCentrale mempunyai sepuluh turbin angin yang beroperasi untuk pelabur semasa dan bakal pelabur
Pembelajaran Utama
Rangka kerja kawal selia undang-undang dan kewangan yang kukuh penting untuk mendapatkan kepercayaan terhadap projek pendanaan awam
Setakat tahun 2023, penggunaan pendanaan awam bagi projek tenaga boleh dibaharui cenderung tertumpu di AS dan Eropah apabila terdapat tahap kepercayaan yang tinggi terhadap rangka kerja undang-undang, serta ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam cara dana dikutip akan diurus. Abundance Generation merupakan platform pendanaan awam pertama yang akan diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan (FCA) UK.
Kemampanan jangka panjang projek penting untuk menarik pelabur
Salah satu elemen utama kejayaan WindCentrale adalah bahawa WindCentrale memberi pelabur manfaat untuk menikmati harga tenaga yang lebih rendah kerana tenaga yang dihasilkan melalui turbin angin mengimbangi bil tenaga elektrik, dengan penjimatan sebenar berbeza-beza berdasarkan turun naik harga bahagian angin dan harga tenaga. Kemampanan dan aliran tunai jangka panjang penting untuk menarik pelabur pendanaan awam yang mempunyai banyak pilihan pelaburan dan perkara ini mestilah diwujudkan dengan jelas dalam usul perniagaan.
Sources
- Citizenergy (n.d.). Our story. Tersedia di: https://citizenergy.eu/story
- WindCentrale (n.d.). How does it work. Tersedia di: https://www.windcentrale.nl/
- Nigam, Mbarek dan Benetti (2018). Crowdfunding to finance eco-innovation: case studies from leading renewable energy platforms. Tersedia di: https://www.cairn.info/revue-journal-of-innovation-economics-2018-2-page-195.htm&wt.src=pdf
- Crowdfund Insider (2013). Windcentrale Raises €1.3 Million, 1700 Dutch Households Get Wind Turbine. Tersedia di: https://www.crowdfundinsider.com/2013/09/23211-windcentrale-raises-e1-3-million-1700-dutch-households-get-wind-turbine/
- *Ambil perhatian bahawa nilai USD dikira berdasarkan purata kadar pertukaran pada tahun 2013. Didapatkan semula dari laman: https://www.macrotrends.net/2548/euro-dollar-exchange-rate-historical-chart
- ** Ambil perhatian bahawa nilai USD dikira berdasarkan purata kadar pertukaran pada tahun 2018. Didapatkan semula dari laman: https://www.macrotrends.net/2548/euro-dollar-exchange-rate-historical-chart