Bon hijau di Sweden

Kommuninvest merupakan agensi pinjaman kerajaan di Sweden. Kommuninvest ditubuhkan pada tahun 1986 untuk memberi kerajaan tempatan dan serantau cara pembiayaan yang lebih berkesan kos dan mampan berbanding dengan bank perdagangan yang merupakan satu-satunya sumber pendanaan luar pada masa itu. Salah satu pendekatan utama Kommuninvest adalah untuk mendapatkan modal melalui pengeluaran bon untuk mendapat ekonomi skala (dan keberkesanan kos) dengan mengumpulkan keperluan pendanaan kerajaan tempatan di bawah alat pendanaan bersama.

Bon hijau di Sweden

Alat dan jumlah pembiayaan:

USD 600 juta daripada bon hijau

Latar belakang

Kommuninvest merupakan agensi pinjaman kerajaan di Sweden. Kommuninvest ditubuhkan pada tahun 1986 untuk memberi kerajaan tempatan dan serantau cara pembiayaan yang lebih berkesan kos dan mampan berbanding dengan bank perdagangan yang merupakan satu-satunya sumber pendanaan luar pada masa itu. Salah satu pendekatan utama Kommuninvest adalah untuk mendapatkan modal melalui pengeluaran bon untuk mendapat ekonomi skala (dan keberkesanan kos) dengan mengumpulkan keperluan pendanaan kerajaan tempatan di bawah alat pendanaan bersama.

Pendekatan

Pada bulan Jun 2015, Kommuninvest mula menyediakan pinjaman hijau untuk projek pelaburan kerajaan tempatan, yang menggalakkan peralihan Sweden untuk menjadi masyarakat yang mampan. Lapan kategori projek diwujudkan, termasuk tenaga boleh dibaharui, cekap tenaga, bangunan hijau, pengangkutan bersih, pengurusan sisa, pengurusan air dan air sisa, penyesuaian perubahan iklim dan pengurusan alam sekitar di kawasan selain perubahan iklim.

Untuk layak mendapat pinjaman hijau, projek mestilah memenuhi kriteria kemampanan yang dipratentukan, seperti yang digariskan dalam rangka kerja Bon Hijau Kommuninvest. Pinjaman hijau dikumpulkan dalam portfolio pinjaman hijau dan bon hijau Kommuninvest dikeluarkan dengan komitmen untuk memperuntukkan hasil kutipan bon kepada portfolio tersebut.

Hasil

Pada 15 Mac 2016, Kommuninvest mengeluarkan bon hijau sulungnya yang berjumlah USD 600 juta daripada pelabur hijau yang berdedikasi (67%) dan pelabur biasa (33%), serta mempunyai portfolio bon hijau sebanyak USD 1.1 bilion dengan pendanaan komited bagi 25 projek pelaburan di 18 kawasan perbandaran Sweden.

Dengan menggabungkan pinjaman hijau tunggal dalam portfolio terkumpul bagi pinjaman hijau, Kommuninvest dapat membantu kawasan perbandaran mencapai pasaran modal dan meraih dana bagi projek yang barangkali tidak dapat dilaksanakan atas pelbagai sebab (cth., dana tidak mencukupi, kekurangan sumber dan kemahiran). Projek paling kecil yang dibiayai oleh Kommuninvest melalui pengeluaran bon ialah projek yang mendapat pinjaman hijau sebanyak SEK 5 juta (USD 0.6 juta), sementara projek paling besar mendapat pinjaman sebanyak SEK 2.5 bilion (USD 300 juta). 

Pembelajaran utama

Bon hijau boleh digunakan untuk menyokong projek pelbagai saiz melalui portfolio terkumpul

Dengan mengumpulkan pinjaman hijau tunggal dalam portfolio, Kommuninvest dapat membantu kawasan perbandaran mencapai pasaran modal dan membiayai projek hijau pelbagai saiz.

Jaminan jenis projek yang dibiayai

Proses kelulusan pinjaman hijau Kommuninvest yang mendahului pembiayaan bon hijau memberi pelabur jaminan bahawa jenis projek yang akan dibiayai oleh bon hijau adalah berdasarkan kriteria kelayakan yang kukuh dan ditakrifkan dengan baik.

Strategi pengurangan risiko untuk meningkatkan minat pelabur

Bon hijau Kommuninvest dikaitkan dengan peminjaman kerajaan tempatan dan bukannya projek khusus, maka pelabur tidak perlu mengambil risiko kredit projek secara langsung. Kualiti kredit tiga A bon hijau juga sama seperti mana-mana bon Kommuninvest yang lain.

Other Relevant Case Studies

Kerajaan Brunei memperuntukkan B$18 juta (USD 13.4 juta)* untuk pembangunan BruHealth fasa II dan III dalam belanjawannya untuk FY23/24.
Pembinaan loji kuasa suria dimudahkan oleh pembiayaan berkonsesi campuran dengan jumlah kos sebanyak US$41 juta dengan sokongan US$4 juta daripada Program Pembiayaan Campuran Kanada-IFC.
Badan Usaha Jalan Tol (Toll Road Special Vehicle (BUJT)) yang mengendalikan Jalan Tol MBZ telah menyahlabur 40% daripada syer syarikat dalam PT Jasamarga Jalanlayang Cikampek (JJC) bernilai IDR 4.38 trilion (USD 291.6 juta) * kepada PT Margautama Nusantara (MUN) yang merupakan syarikat subsidiari kepada Syarikat Kumpulan Salim (Salim Group Company).
Scroll to Top