Bantuan teknikal untuk penambahbaikan sanitasi dan pengurusan sisa, Myanmar

Kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (Japan International Cooperation Agency (JICA)) menyokong sebuah projek UN-Habitat dengan pihak berkuasa Yangon untuk menambah baik perkhidmatan sanitasi dan pengurusan sisa di Yangon melalui geran bantuan teknikal sebanyak US$7.27 juta. Projek ini dirancang untuk memberi faedah kepada kira-kira 25,000 keluarga dan lebih daripada 250 buah sekolah.

Bantuan teknikal untuk penambahbaikan sanitasi dan pengurusan sisa, Myanmar

Alat dan jumlah pembiayaan

Kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (Japan International Cooperation Agency (JICA)) menyokong sebuah projek UN-Habitat dengan pihak berkuasa Yangon untuk menambah baik perkhidmatan sanitasi dan pengurusan sisa di Yangon melalui geran bantuan teknikal sebanyak US$7.27 juta. Projek ini dirancang untuk memberi faedah kepada kira-kira 25,000 keluarga dan lebih daripada 250 buah sekolah.

Latar belakang

Wilayah Yangon amat terkesan kerana pandemik COVID-19 dan antara populasi yang paling terjejas daripada impak kesihatan dan sosioekonomi pandemik itu adalah orang miskin bandar di Yangon, secara khususnya dianggarkan 400,000 orang penduduk di 423 buah penempatan tidak formal di Yangon.

Walaupun peruntukan air bersih, sanitasi dan pengurusan sisa dan persekitaran bersih itu penting untuk melindungi kesihatan manusia semasa wabak penyakit berjangkit, termasuk wabak COVID-19, keadaan ini sukar untuk dilaksanakan di penempatan tidak formal. Kesesakan, reka bentuk perumahan dan kekurangan akses kepada air, sanitasi dan kemudahan pengurusan sisa menjadikan sebarang bentuk penjarakan fizikal/sosial serta intervensi mudah seperti membasuh tangan dengan kerap sangat sukar untuk dilakukan. Kebanyakan isi rumah juga bergantung kepada pekerjaan dari sehari ke sehari untuk memenuhi kos sara hidup dan tidak mempunyai sebarang simpanan atau penampan kewangan yang boleh diharapkan untuk membayar perkhidmatan asas.

 

Pendekatan

UN-Habitat, disokong oleh pendanaan JICA, bekerjasama dengan rakan kongsi di Myanmar untuk memastikan akses yang mampan kepada perkhidmatan sanitasi dan pengurusan sisa di penempatan tidak formal di Yangon, termasuk sekolah dan kediaman.

Rakan-rakan kongsi termasuk badan kerajaan seperti Kerajaan Wilayah Yangon (Yangon Regional Government (YRG)), Jawatankuasa Pembangunan Bandar Yangon (Yangon City Development Committee (YCDC)), Jabatan Pembangunan Bandar dan Perumahan (Department of Urban and Housing Development (DUHD)) serta sukarelawan komuniti tempatan dan organisasi bukan untung.

Projek ini mempunyai tiga komponen utama. Komponen A menumpukan kepada pembinaan sistem bekalan air untuk penyaluran air minum yang bersih, selamat dan boleh dipercayai kepada komuniti di penempatan tidak formal. Komponen ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kapasiti komuniti untuk beroperasi dan menyelenggarakan sistem bekalan air mereka dan membayar perkhidmatan air. Komponen B menyasarkan untuk menyokong isi rumah dengan mengumpul sisa isi rumah dengan betul, mengasingkannya dan membuangnya dengan selamat ke dalam bekas pengumpulan sisa dan menyediakan pengumpulan sisa komunal dan infrastruktur serta sistem pengangkutan (cth., lori pengumpulan sampah, lori beroda tiga). Komponen C menyasarkan untuk membina kebolehan komuniti dan mempromosikan kebersihan, pengetahuan sanitasi persekitaran dan amalan baik.

Hasil

Pada awalnya, projek ini dirancang untuk bermula pada Mac 2021 dan akan siap pada Februari 2022. Kerana pandemik COVID-19, projek telah ditangguhkan dan dilanjutkan dua kali tanpa kos lanjutan hingga Februari 2024. UN-Habitat melaksanakan tiga komponen yang saling berkaitan ini di 45 lokasi, 257 buah sekolah dan 42 buah klinik kesihatan komuniti di lapan perbandaran Yangon. Berdasarkan anggaran UN-Habitat, projek ini telah memberikan manfaat secara langsung kepada kira-kira 25,000 buah keluarga, mewakili 102,500 orang individu dan 170,777 orang pelajar.

Tinjauan yang dilakukan selepas projek dilaksanakan menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan dan kesedaran tentang amalan sanitasi dan pengurusan pembersihan kerana intervensi dalam Komponen B. Contohnya, kurang daripada 17% orang yang ditemu duga, terdiri daripada penerima faedah projek dan bukan penerima, yang mengatakan mereka telah mengasingkan sisa isi rumah sebelum intervensi projek. Namun, 96% penerima faedah projek mengatakan mereka telah mengamalkan pengasingan sisa selepas intervensi. Selain itu, walaupun 79% penerima faedah mempunyai pengetahuan yang terhad tentang pembuatan kompos sebelum projek bermula, selepas projek selesai, 95% telah mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menerangkan atau menggambarkan cara membuat kompos dan lebih daripada separuh memulakan usaha membuat kompos di tahap individu atau komuniti.

Pembelajaran

Pastikan fokus projek sejajar dengan nilai rakan kongsi pelaksanaan, agensi pembiayaan serta rakan kongsi tempatan.

Projek ini sejajar dengan mandat UN-Habitat untuk menyokong komuniti yang mudah terjejas di Yangon dan usaha bersama UN untuk menangani COVID-19. Ia direka bentuk berdasarkan Rangka Kerja Respons Sosioekonomi (Socio-Economic Response Framework (SERF)) UN terhadap COVID-19 di Myanmar dan Pelan Kesiapsiagaan dan Respons Negara (Country Preparedness and Response Plan (CPRP)). Dalam pelaksanaannya, projek ini melibatkan pemegang saham kerajaan tempatan termasuk Kerajaan Wilayah Yangon (Yangon Regional Government (YRG)), Jawatankuasa Pembangunan Bandar Yangon (Yangon City Development Committee (YCDC)) dan Jabatan Pembangunan Bandar dan Perumahan (Department of Urban and Housing Development (DUHD)).

Proses pemantauan dan penilaian yang jelas

Projek ini direka bentuk dengan rangka kerja dan pelan penilaian untuk penilaian akhir yang akan diadakan pada penghujung projek, untuk menyemak kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan prestasi dari segi pelaksanaan perkara yang dirancang. Khusus untuk Komponen B, satu tinjauan pemantauan telah dijalankan pada Mac 2023 untuk memahami impak projek dan kemampanan intervensi. Tinjauan ini meliputi 345 orang penerima faedah di 23 lokasi dan 230 orang bukan penerima faedah dari kawasan bersebelahan apabila inisiatif pengurusan sisa pepejal telah dijalankan. Proses penilaian yang kukuh adalah penting untuk memahami dapatan bagi projek masa hadapan serta mengumpul maklum balas daripada penerima faedah tentang lompang projek dan intervensi lanjutan yang diperlukan.

Direka bentuk untuk kemampanan jangka panjang

Projek ini melibatkan komponen pembinaan pengetahuan yang jelas dan menumpukan kepada usaha memperkukuhkan kapasiti dan kerelaan komuniti tempatan untuk menerima amalan sanitasi dan pengurusan sisa yang baik. Hal ini membantu untuk memastikan bahawa hasil dikekalkan untuk jangka panjang, walaupun selepas pendanaan tamat. Contohnya, tinjauan pemantauan yang dijalankan mengatakan bahawa 96% penerima faedah menunjukkan mereka bersedia untuk membayar bagi pengumpulan sisa isi rumah, hanya 70% bukan penerima faedah mempunyai pendapat yang sama dan 95% penerima faedah ingin meneruskan pengasingan sisa mereka selepas projek berakhir, walaupun hanya 16% daripada mereka telah melakukannya sebelum projek bermula. Ini menunjukkan bahawa projek ini telah direka dengan baik untuk menunjukkan dan menjelaskan faedah amalan pengurusan sisa yang baik.

Sumber/Maklumat Tambahan

  1. UN-Habitat (2023). Laporan pemantauan: Aktiviti pengurusan sisa pepejal di lapan perbandaran Yangon. Boleh didapati di: https://unhabitatmyanmar.org/wp-content/uploads/2023/09/SWM-Monitoring-Report-Japan-SB-Project_v.24.pdf
  2. UN-Habitat. Membina daya ketahanan terhadap COVID-19 melalui WASH dan sokongan pengurusan sisa di penempatan tidak formal bandar. Boleh didapati di: https://unhabitatmyanmar.org/?page_id=5021

Other case studies

Other Relevant Case Studies

Kerajaan Brunei memperuntukkan B$18 juta (USD 13.4 juta)* untuk pembangunan BruHealth fasa II dan III dalam belanjawannya untuk FY23/24.
Pembinaan loji kuasa suria dimudahkan oleh pembiayaan berkonsesi campuran dengan jumlah kos sebanyak US$41 juta dengan sokongan US$4 juta daripada Program Pembiayaan Campuran Kanada-IFC.
Badan Usaha Jalan Tol (Toll Road Special Vehicle (BUJT)) yang mengendalikan Jalan Tol MBZ telah menyahlabur 40% daripada syer syarikat dalam PT Jasamarga Jalanlayang Cikampek (JJC) bernilai IDR 4.38 trilion (USD 291.6 juta) * kepada PT Margautama Nusantara (MUN) yang merupakan syarikat subsidiari kepada Syarikat Kumpulan Salim (Salim Group Company).
Scroll to Top