Pindahan kerajaan kebangsaan untuk inisiatif bandar pintar di Singapura

SGD 197.6 juta (USD 265.6 juta*) melalui pindahan kerajaan kebangsaan

Pindahan kerajaan kebangsaan untuk inisiatif bandar pintar di Singapura

Alat dan jumlah pembiayaan

SGD 197.6 juta (USD 265.6 juta*) melalui pindahan kerajaan kebangsaan

Latar belakang

Inisiatif Negara Pintar telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Lee Hsien Loong pada tahun 2014. Sejak itu, inisiatif ini telah diketuai oleh Smart Nation Group (SNG), sebuah organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri, (Prime Minister’s Office (PMO)) yang bertanggungjawab untuk menetapkan arah polisi dan strategi untuk membangunkan dan mengawal maklumat dan komunikasi, industri media, teknologi digital dan pembangunan negara pintar.

Pendekatan

Smart Nation Group kini diurus di bawah MCI yang memperuntukkan belanjawan operasi sebanyak $197.6 juta (USD 265.6 juta)* pada FY2024 (sebahagian daripada belanjawan MCI yang diperuntukkan). Peruntukkan belanjawan ini didokumenkan di dalam Dokumen Belanjawan Kementerian Kewangan Singapura. 

Hasil

Smart Nation Group telah memperkenalkan pelbagai teknologi pintar dalam sektor awam dan juga swasta. Salah satu pencapaian terbesarnya adalah berjaya mendigitalkan hingga 95% daripada semua perkhidmatan kerajaan. Ini mengurangkan kerja-kerja menulis, menambah baik masa pusing balik dan lebih menyenangkan untuk rakyat.

Kejayaan lain termasuk menyokong pembangunan semasa Sistem Pengangkutan Pintar Singapura (Singapore Intelligent Transport System (ITS)) dan penyepaduan dengan Strategi Negara Pintar yang diterbitkan pada tahun 2018. ITS adalah sebuah sistem yang menggunakan penderia dan kamera untuk mengumpul data arus lalu lintas dan masa perjalanan untuk menyokong individu yang berulang-alik dalam perjalanan seharian mereka. Sistem ini juga memberikan cara mengawasi dan mengurus arus lalu lintas, mengumpul maklumat tentang kapasiti kecekapan rangkaian jalan raya dan membuat keputusan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya kepada pegawai kerajaan. 

Kejayaan di atas banyak memberikan sumbangan yang menjadikan Singapura salah satu daripada lima “Bandar Terpintar” di dunia, menurut Indeks Bandar Pintar 2024 oleh IMD Business School.

Pembelajaran Utama

Mewujudkan badan khas dengan mandat yang jelas untuk pembangunan bandar pintar, berserta belanjawan yang telah ditetapkan menjamin pembiayaan projek-projek ini.

Pendekatan ini telah mempercepatkan kadar projek bandar pintar mendapat dana dan menyokong pelaksanaan pantas bagi penyelesaian pintar seperti sistem pengangkutan pintar (ITS) dan pengurusan sisa bandar pintar.

Pemusatan pengawasan dan memperuntukkan sumber yang banyak kepada SNG ternyata penting untuk kejayaan projek negara pintar

Menyediakan mandat yang jelas kepada Smart Nation Group untuk mereka bentuk dan mengendalikan projek bandar pintar itu juga penting.

Sumber/Maklumat tambahan

  1. Portal Pembangun Kerajaan Singapura (2023). Perjalanan Kerajaan Digital Singapura. Boleh didapati di: https://www.developer.tech.gov.sg/our-digital-journey/singapore-digital-government-journey/overview.html
  2. Kementerian Kewangan (2024). Anggaran Perbelanjaan Kementerian Komunikasi dan Maklumat FY 2024. Boleh didapati di: https://www.mof.gov.sg/docs/librariesprovider3/budget2024/download/pdf/39-mci-2024.pdf
  3. Smart Nation Singapore. Tentang Smart Nation Group. Boleh didapati di: https://www.smartnation.gov.sg/archive/sng/
  4. Smart Nation (2018). Strategi Negara Pintar. Boleh didapati di: https://www.smartnation.gov.sg/files/publications/smart-nation-strategy-nov2018.pdf
  5. IMD (2024). Indeks Bandar Pintar IMD 2024. Boleh didapati di: https://www.imd.org/smart-city-observatory/home/rankings/
  6. *Beri perhatian bahawa nilai USD dikira berdasarkan purata kadar pertukaran selama 12 bulan pada tahun 2023. Diambil daripada laman web: https://www.x-rates.com/average/?from=USD&to=SGD&amount=1&year=2023 

Other Relevant Case Studies

Kerajaan Brunei memperuntukkan B$18 juta (USD 13.4 juta)* untuk pembangunan BruHealth fasa II dan III dalam belanjawannya untuk FY23/24.
Pembinaan loji kuasa suria dimudahkan oleh pembiayaan berkonsesi campuran dengan jumlah kos sebanyak US$41 juta dengan sokongan US$4 juta daripada Program Pembiayaan Campuran Kanada-IFC.
Badan Usaha Jalan Tol (Toll Road Special Vehicle (BUJT)) yang mengendalikan Jalan Tol MBZ telah menyahlabur 40% daripada syer syarikat dalam PT Jasamarga Jalanlayang Cikampek (JJC) bernilai IDR 4.38 trilion (USD 291.6 juta) * kepada PT Margautama Nusantara (MUN) yang merupakan syarikat subsidiari kepada Syarikat Kumpulan Salim (Salim Group Company).
Scroll to Top